Saturday

12 Feb 2010,


Aku yang sememangnya sudah terjaga untuk ke kerja dikejutkan oleh pangilan dari abg sepupuku. Hati kecil ku terdetik adakah sesuatu terjadi kepada maktok ku? Jam baru 05.14 pehal abg Harris call pepagi. Bagaikan terhenti dunia ku bila dengar khabar dari isteri abg Harris. Maktok dah tak ade.............................


Sedih, sebak, pilu semua bersatu.


Aku mengaku aku bukan seperti cucu yang lain, yang senntiasa bersama maktok. Aku jarang jumpa maktok. Walaupun aku jarang meluangkan masa dengannya tetapi aku sayang dia. Walaupun dia tidak tinggal bersama kami tetapi aku rasa kehilangan. Aku pasti rindu kunjungan maktok ke rumah kami sebulan sekali. Celoteh maktok, permintaannya yang sentiasa tepat time gaji aku, hehe. Sebulan sekali datang pasti macam2 d minta.... Semua akan aku kasi.


Sejak akhir-akhir ni aku perasan maktok manja sangat-sangat dengan aku. Sentiasa call aku, minta macam-macam dengan ku..........


Antara benda yang dia minta dengan ku
>> Beras
ini sebulan sekali pasti aku belikan untuknya. Tapi sejak akhir2 ni dia macam menghargai dan seronok. Dia cakap dia suka makan nasi guna beras yang aku beli. hehe macam2 budak2 je.....
>> Bonus
Hehe... Kelakar juga bile mula-mula aku dengar dari mulutnya. Dia nak sedikit dari duit bonus tahunan ku. Aku senyum aku cakap insyaallah aku mesti bagi. Dia seronok. Happy sangat dia. Dia kata aku rajin layan permintaan dia. Tapi aku sedikit terkilan sebab semua duit bonus aku belanja untuk persekolahan abg dan adik. Aku cuma bagi dia RM50 aje. Itu pun duit belanja aku. Aku call dia aku mintak maaf, aku cakap aku tak dapat nak kasi lebih sebab aku belanja untuk persekolahan budak2. Serius masa tu aku betul2 bangkrap duit makan pun tak ada hehe..  Dia cakap, "takpa, dia tahu dan dia bangga sebab aku sayang dan tanggung budak2 tu. Dia cakap Allah akan murahkan rezeki ku"
>> Biskut
>> Susu
banyak yang di minta sebulan sekali ni mahu penuh kalau di senarai. heheh. Alhamdullilah semua aku akan kasi.
>> Dia nak tengok e-mail aku. Hehe. my granny is up to date. Sebenarnya aku rajin tunjuk e-mail pelik-pelik yang aku dapat. Dia ni cool suke ambil tahu perkembangan media. Selalu nya dia akan duduk tepi ku bersama Lappy ku aku akan story kat dia one by one sal benda dalam mail tu. Masa last aku call dia, dia cakap bile dia dah tak sakit dia nak datang rumah dia nak lepak tengok e-mail dgan aku. Dia kata jangan buang, simpan untuk dia semua e-mail terbaru itu. Sekarang e-mail tu dengan ku tapi Dia.....
>> Sebulan sebelum dia pergi dia kerap call aku minta tuala mandi. Dia cakap dia nak tuala mandi besar. Aku tanya nak buat ape. Katanya untuk sepupuku. Tapi ini pun aku tak sempat nak kasi. Aku budjet nak beli minggu ni tapi.......


Sabtu lalu aku ke hospital untuk melawat maktok. admited sebab sukar untuk bernafas. Pak sedare aku gitaw yang kami on the way ke hospital untuk melawat dia. Dia excited nak jumpe aku tak sabar punye pasal dia call aku dia cakap "cepat la datang lawat aku, lama aku tunggu ni, aku tak boleh nak cakap, cepat la datang" aku ketawa aku cakap, kejab kami datang on da way ni. Dah sampe spital sepupu aku gitaw yang maktok tak cakap dengan sape pon dari malam dia admited. Dia seronok kami lawat dia. Dia menangis katanya dia sakit, susah nak bernafas. Sayu hati aku lihat air mata dia. Aku cakap tak ade ape nanti ok la, senyum skit. Dia senyum, dia belai pipi aku. Dia pegang pipi aku lame. Waktu tu hati aku berdebar sangat. Aku dapat rasa yang maktok sudah hampir ke penghujung.


Maktok kuar spital hari rabu malam. Aku plan nak g lawat hari sabtu sebab aku cuti. Tapi tidak kesampaian................... 

" Always love your loved ones & show them how you feel before it's too late. You will never know when they will be gone from your embrace. If u were given a time to bestow petals of everlasting compassion and love to your love ones,today is the day. Love them while they are still here...''

Friday

aKu doWn... .. .





Aku rasa betul-betul tak ada semangat. Mana semangat aku pergi?  

aku rase down sgt nie
aku rase down sgt nie

hmmmmmmmm....... <-- Mengeluh panjang. Macam berat je masalah.
Pertama sekali aku ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada En.Kemalasan kerana bejaya menakluk diriku ini.  Bravo!
 Entah lah aku pun tak tahu pe sudah jadi. Sepatutnya tahun baru kena lebih bersemagat dan penuh semangat berkobar-kobar. Tapi apa yang aku rasa lain la pulak!!!!! Sadly I Can't  Bila melangkah masuk dalam opis je aku dah rasa MALAS!!!! HUhh!! Afraid malas ke aku cakap???? Disappointed 2 ...  Shhh shhhh jangau bagi tahu orang, biar lah ianya rahsia kita. ok....... Actualy punca kemalasan aku ialah seperti tersedia maklum, its all because of Cina Bukit.  Atoiii i..... aket pale aku.  Oh Jeez 


atooiii aket ale aku, pastuh aket peyot aku, ase mo chirit engok muke dye. aku mukan mencik dye api aku bhushan tutuk atu opeh ngan dye. aku bhushan takto mo akap ngan shape. tulu aku ok api akin ame akin bhushan laaaa.... aku mo charik eje laen arr.. api mo eje ana ek. shikarang shusha apat eje.. attooii ungcing ati aku ni....  Sickened

Wadahel!!! Apa yang aku mengarut nie?

hahaha.... Ok ker kalau aku cakap macam tu. Faham tak apa yag aku tuturkan tadi?? hahah...

Aku bosan..... Aku kemalasan. Tak best la ape yang dirasai ini.  The Thinker 
Actualy aku buat treat ini hanya untuk mengubati hati aku yang tengah rungsing. Aku cuba-cuba menghiburkan hati aku.. Dunno la what to say. Hmm Semalam Kak Zanie kasi surat resign. Aku makin rasa sedih. Apa yang sedang berlaku? Kenapa aku macam ini? Mungkin betul apa yang bro aku cakap dia kata ku manja, aku ni cry baby dan terlalu lembut dengan orang.. Hmm maybe la.. Hmm  ..................... hmmmmm......
ok la taktahu dah mo taip ape.... Mmg tak der ilham... Ni pown saje jer conteng-conteng. Walaupun korang tak paham sepatah pe pun.
Akhir kata dari aku. Maaf aku sebab serabutkan korang dengan entri ini. Sad

 Bye bye






Hari ini 1 Januari 2010. Hah!!! Sudah masuk 2010 rupanya.. Pejam celik pejam celik dah setahun berlalu rupanya. 2009 meninggalkan banyak kenangan. Yang manis dan yang pahit.
Banyak memori indah bersama rakan-rakan yang mana menjadi teman aku disaat aku senang dan disaat aku susah. Kak Zana, Kak Liza, nama yang tidak asing dalam hidup ku. Menjadi tempat ku luahkan segala kerumitan aktivi harian, selain dari ibu ku merekalah yang menjadi penasihat aku. Banyak yang telah mereka tolong aku. Thankz ya!! Kisses  Selain dari mereka banyak lagi teman-teman istimewa yang banyak memberi semangat untuk aku teruskankan perjuangan aku. <--- ''wah,, wah,, ayat bukan main lg. hehe" saja buat gimik lebih.. K.Nieza, K. Zanie, Abg Zul, Abg Mail, Abg Sepol, Ida, Best Friends  semua geng-geng Smartled dan Top99 korang is da best. Korang penyeri hari-hari ku di 2009. Uik lupa pulak nama someone kang marah lak Mira, kenangan kita time pergi dan balik kerja memang sempoi hehe.....  Hmmm,, TM, thanks banyak memberi semangat dan teman ku saat aku down. You are on my memory Flower .. ChokoRol, menghiburkan hari-hari ku dengan celoteh mengenai buah hati tercintanya. Membuatkan aku ketawa dengan perangai yang tidak matang dan keanak-anakannya..

Recap semula kenangan 2009.........

Antara kenangan  ku...... Berserta gambar2 2009..
-> Tahun ini aku menyumbangkan banyak hasil kerja ku antaranya kek untuk pertunangan kawan2 ku.

-> Kenangan bersama Kak Liza sentiasa membuat aku tersenyum. Sentiasa melayan aku macam budak-budak.. Hmmm, banyak juga kak Liza cubit aku tahun 2009 hehe. Selalu berlari-lari keliling Ismeca sebab taknak kena cubit.. hahah. Kalau aku tengah stress dengan assignment dia yang selalu kalut berusaha cari jalan untuk aku dapat jawapan... heheh
-> Lepak-lepak kat meja smartled layan celoteh Kak Liza n Abg Mail. Telatah yang betul2 mencuit hati mahu pecah perut dibuatnya. You are is the best guysss...


-> Masih teringat kenangan Smartled Famly berkumpul meraikan hari perpisahan Trisno. Gamat KFC tu kita buat.. heheh


-> Semua kenangan dengan smartled family sentiasa terpahat dalam kotak memori aku...

<--ingat lagi tk macam mane gmbar ini d snap oleh pro camera man kite En.Zainal hehe...



-> Ida, nama yang tidak asing dengan ku, dimana ada aku di situ ada dia... Kalau bersama ada saje cerita mengenai Lapis dan Rapi yang akan diceritakan... Siapakah Lapis dan Rapi.. Jeng.. Jeng. Jeng.. Rahsia kami, kak Liza jangan sibok nak tahu haha.... Halamak nak upload gambar bersama Ida tak ada pulak dalam memory card nie. Ida mana gambar kita kat BJ bowling???

-> Paling indah, masa aku buat kejutan hari lahir mak aku... Mula nye hairan juga dia kenapa semua orang datang. Diorang pun tak bocorkan rahsia. Anak2 sedara ku Hanzalah, Huzaifah, Syuhada, pandai memainkan peranan, iaitu mengalih perhatian bonda ku. Terkejut + terharu nya mak masa berdiri depan kek.
<--CaDbuRy Coket kEk yG d TemPaH kHas UtK MaK.


-> Sedihnya aku bila HP kesayanganku rosak... Aduh rasa kosong hidup aku. Tapi masa ini Kak Liza dgn Ida siap kasi HP diaorang untuk aku guna.. Terharu rasa. Thanks Buddy..



-> Hilang HP tak per lagi.Yang paling sedih aku terpaksa berkerja dengan cina bukit yang sentiasa meyakitkan hati ku. Perkara dan orang yang paling aku menciikkk pada tahun 2009 dengan rasminya jatuh kepada cina bukit @ dugong..

Apa-apa pun 2009 telah banyak mengajar aku tentang erti sebenar kehidupan. Banyak mematangkan aku. Aku kenal dan berdepan dengan banyak kerenah manusia. Setiap apa yang terjadi akan sentiasa menjadi rujukkan di masa akan datang.

Allhamdulilah, aku masih bernyawa pada 01.01.10.
Munculnya 2010 bermakna bermula lembaran baru dalam kehidupan.
Insyaallah 2010 aku ingin ,,,,
>>> kekalkan sikap sabarku.
>>> dekatkan diri lebih lagi dgn yg esa.
>>> More focus on my work.
>>> Jadi anak yang menghiburkan hati mak setiap hari.
>>> Penghibur Hanzalah & Huzaifah.
>>> Kekal happy and senyum selalu. hehe..
>>> Kahwen???? Hmmm, belum lagi kot.. Tak pikir lagi. Calon pun tak dak.. hahaha
>>> Dan ini yang paling lucu yang aku beharap pada tahun 2010.............. Aku.... aku.. aku nak jadi kawan baik kepada cina bukit tu. Biar dia tak baik padaku tapi akan ku cuba berbaik2 dgn nya.

Mudah-mudahan hari-hari di tahun 2010 akan menjadi sesuatu yang indah.
''Ya Allah lindungi Hamba mu ini''.......




SeLaMat TinGgaLlll 2009

















;;