Saturday

12 Feb 2010,


Aku yang sememangnya sudah terjaga untuk ke kerja dikejutkan oleh pangilan dari abg sepupuku. Hati kecil ku terdetik adakah sesuatu terjadi kepada maktok ku? Jam baru 05.14 pehal abg Harris call pepagi. Bagaikan terhenti dunia ku bila dengar khabar dari isteri abg Harris. Maktok dah tak ade.............................


Sedih, sebak, pilu semua bersatu.


Aku mengaku aku bukan seperti cucu yang lain, yang senntiasa bersama maktok. Aku jarang jumpa maktok. Walaupun aku jarang meluangkan masa dengannya tetapi aku sayang dia. Walaupun dia tidak tinggal bersama kami tetapi aku rasa kehilangan. Aku pasti rindu kunjungan maktok ke rumah kami sebulan sekali. Celoteh maktok, permintaannya yang sentiasa tepat time gaji aku, hehe. Sebulan sekali datang pasti macam2 d minta.... Semua akan aku kasi.


Sejak akhir-akhir ni aku perasan maktok manja sangat-sangat dengan aku. Sentiasa call aku, minta macam-macam dengan ku..........


Antara benda yang dia minta dengan ku
>> Beras
ini sebulan sekali pasti aku belikan untuknya. Tapi sejak akhir2 ni dia macam menghargai dan seronok. Dia cakap dia suka makan nasi guna beras yang aku beli. hehe macam2 budak2 je.....
>> Bonus
Hehe... Kelakar juga bile mula-mula aku dengar dari mulutnya. Dia nak sedikit dari duit bonus tahunan ku. Aku senyum aku cakap insyaallah aku mesti bagi. Dia seronok. Happy sangat dia. Dia kata aku rajin layan permintaan dia. Tapi aku sedikit terkilan sebab semua duit bonus aku belanja untuk persekolahan abg dan adik. Aku cuma bagi dia RM50 aje. Itu pun duit belanja aku. Aku call dia aku mintak maaf, aku cakap aku tak dapat nak kasi lebih sebab aku belanja untuk persekolahan budak2. Serius masa tu aku betul2 bangkrap duit makan pun tak ada hehe..  Dia cakap, "takpa, dia tahu dan dia bangga sebab aku sayang dan tanggung budak2 tu. Dia cakap Allah akan murahkan rezeki ku"
>> Biskut
>> Susu
banyak yang di minta sebulan sekali ni mahu penuh kalau di senarai. heheh. Alhamdullilah semua aku akan kasi.
>> Dia nak tengok e-mail aku. Hehe. my granny is up to date. Sebenarnya aku rajin tunjuk e-mail pelik-pelik yang aku dapat. Dia ni cool suke ambil tahu perkembangan media. Selalu nya dia akan duduk tepi ku bersama Lappy ku aku akan story kat dia one by one sal benda dalam mail tu. Masa last aku call dia, dia cakap bile dia dah tak sakit dia nak datang rumah dia nak lepak tengok e-mail dgan aku. Dia kata jangan buang, simpan untuk dia semua e-mail terbaru itu. Sekarang e-mail tu dengan ku tapi Dia.....
>> Sebulan sebelum dia pergi dia kerap call aku minta tuala mandi. Dia cakap dia nak tuala mandi besar. Aku tanya nak buat ape. Katanya untuk sepupuku. Tapi ini pun aku tak sempat nak kasi. Aku budjet nak beli minggu ni tapi.......


Sabtu lalu aku ke hospital untuk melawat maktok. admited sebab sukar untuk bernafas. Pak sedare aku gitaw yang kami on the way ke hospital untuk melawat dia. Dia excited nak jumpe aku tak sabar punye pasal dia call aku dia cakap "cepat la datang lawat aku, lama aku tunggu ni, aku tak boleh nak cakap, cepat la datang" aku ketawa aku cakap, kejab kami datang on da way ni. Dah sampe spital sepupu aku gitaw yang maktok tak cakap dengan sape pon dari malam dia admited. Dia seronok kami lawat dia. Dia menangis katanya dia sakit, susah nak bernafas. Sayu hati aku lihat air mata dia. Aku cakap tak ade ape nanti ok la, senyum skit. Dia senyum, dia belai pipi aku. Dia pegang pipi aku lame. Waktu tu hati aku berdebar sangat. Aku dapat rasa yang maktok sudah hampir ke penghujung.


Maktok kuar spital hari rabu malam. Aku plan nak g lawat hari sabtu sebab aku cuti. Tapi tidak kesampaian................... 

" Always love your loved ones & show them how you feel before it's too late. You will never know when they will be gone from your embrace. If u were given a time to bestow petals of everlasting compassion and love to your love ones,today is the day. Love them while they are still here...''

0 comments:

Post a Comment