Monday

Duyung VS Dugong Part 2....

Sambungan dari yang lepas,


Dugong buat hal lagi.. ish.. ish...ish... Pouty    

Terbitnya entri ini untuk menunjukkan betapa bengkak nyer hati dan perasaan ku..
Bengkak bukan kena belasah dengan Batista bhai. Tapi bengkak disebabkan cina bukit @ dugong tu.
Misi terbaru yang dilancarkan oleh dia adalah untuk mencari kesalahan kerja ku... Nampaknya dia telah menubuhkan jabatan R&D dalam hati dia..... Research kesalahan aku dan Development nyer pulak emailkan kat bos aku pasal kesalahan aku...
Crying Into Tissue

Yang kelakarnya kesalahan yang aku tak buat pun di send ke bos aku. Sengal tul. Nasib la baik bos aku itu seorang yang memahami. Tak ada la aku kena fire free free jer.
PoutyApa yang dia tak puas hati dengan aku??? Apa kesalahan aku dengan dia??? Tak paham aku layan kerenah dugong ni. Aku cuba jadi yang terbaik dengan dia. Tapi dia macam tak suka kewujudan aku di akuarium 'opis aku la tue' tu . Tension siot 8 jam dalam akuarium tu pandang muka dugong yang tak pernah tahu untuk senyum. Apa yang susah sangat nak lemparkan senyuman. Aku juga yang jadi mangsa kena pandang muka dia hari-hari. Nak buat macam mana hanya kami berdua sahaja dalam akuarium tanpa air tu.
Tak ada ker cara-cara atau petua berbahagia bersama dugong???


Tapi aku terpaksa terima kenyataan bahawa aku kena tempuhi hari-hari yang membahagiakan ini dengan dugong terchenta. 'weekkk'
Apa dia fikir aku ni diam aku tak tahu marah ker? Jangan sangka air yang tenang Don't have crocodile hunter. Ikutkan hati aku yang tak berapa baik mahu saja aku tembak 'marah bukan bunuh' dia. Tapi memandangkan aku masih waras dan boleh berfikir so aku bersabar dan terus sabar.............
Pe hal la dia ni? Dia tak suka ker aku kerja together-gether dengan dia? Kan best kerja together-gether. Tak payah nak mencuka hari-hari. Tapi tak kisah la walauapa pun dia buat, tak kisah la dia taknak senyum
dengan aku ker, tak nak berkerjasama ker, walaupun dia tetap dengan slogan "taknak duyung" aku tetap akan senyum dengan dia hari-hari. Aku tetap akan buat muka kering dan slumber aku. Aku tetap cool dan steady be ready untuk diterjah hari-hari.
Alaa... setakat kempen anti kemesraan yang dilancarkan dugong tu, sikit pun tidak mengugat aku. Apa ku peduli. Lantak arr!!! <-- 'ayat bkn main hebat, tapi hati tuhan saja yang tahu huhu..'

Roll'Sabar aja la ini ujian untuk awk' bak kata abg bimmer utara. Tul kata abg Bimmer pergi mana pun tetap ada malaun macam ni.. Neway apa makna malaun erk?? tak berapa nak paham lor.. Tak kisah la apa makna nyer sekalipun pe2 pun abg Bimmer TQ for your advice and support..


Entri ini bukan untuk kutuk Madam Dugong. Tapi entri ini hanya untuk meluahkan perasaan kaseh sayang ku terhadap Madam Dugong.

Akhir kata Peace No War Smile And Happy always....................






4 comments:

FairuzFazdy said...

relax saje. Buat Saje keje yang mucuk tahu. x lama lagi kan dah graduate. so boleh le cari keje lain. biasa le tu dugaan kat mana2 pun ade gak. Sini pun macam kerenah nak kene tempuh. Pe2 pun mucuk kekalkan senyuman ye. Jgn berputus asa.

Serama said...

Take it easy.

Anonymous said...

Malaun tu macam x guna la.

@riel said...

banyakkan bersabar.. Dugaan hidup ni. Kalu x leh sabar datang kerja sini. sume2 leh datang.

Post a Comment