Kita dijadikan untuk merasa kehidupan di dunia yang fana.
Bila direnungkan, betapa indahnya kejadian seorang manusia. Betapa gembira seorang ibu kandungkan anak kesayangannya dengan harapan yang besar. Harapan bahawa anak yang dikandungkan selama 9 bulan akan berjasa kepada semua. berjasa kepada dirinya yang bersusah payah melahirnya, kepada ayahnya yang berkerja keras untuk memberi keselesaan kepada mereka sekeluarga. Sesungguhnya itu juga yang diinginkan oleh setiap anak. Menjadi anak yang baik.
Menjadi seorang insan bukan sesuatu yang mudah. Pelbagai dugaan, pelbagai cabaran dan rintangan terpaksa dilalui oleh kita.
Ada masa kita berasa gembira, ada masa pula kita terlalu sedih. Kadangkala kita terfikir ''mengapa harus aku dilahirkan''
Hmmmm... Betapa bodoh ayat yang dilahirkan oleh benak insan yang dilanda masalah duniawi. Di sini lah kita mula lupa diri. Lupa kesusahan para ibu yang melahirkan kita. Dugaan yang dihadapi mereka semasa kandungkan kita. Kepayahan kita dilahirkan. Walaubagaimanapun ibu gembira dalam kesakitan setelah mendengar suara kecil kita yang menangis setelah keluar dari rumah yang ditumpang selama 9 bulan.
“(Dia) yang menjadikan kematian dan kehidupan untuk menguji kamu siapakah di kalangan kamu yang lebih baik amalannya, dan Dia yang Maha Perkasa dan Maha Pengampun.” (Al-Mulk: 2)
Allah menyebut “kematian dan kehidupan” bertujuan memberi gambaran kepada kita bahawa semua makhluk termasuk kita berasal daripada keadaan tiada, sehinggalah Allah menciptakan kita. Pada masa itu bermulalah kehidupan kita dari alam roh, kemudian kita berpindah ke alam rahim, lalu dilahirkan oleh ibu ke alam dunia. Di dunia kita melalui kehidupan dalam seribu satu macam keadaan. Kemudian apabila sampai masa yang ditetapkan kita meninggalkan dunia dan transit di alam kubur, menanti tibanya Hari Kebangkitan (Qiyamah), hari yang amat dahsyat dan menggerunkan, merupakan pintu masuk ke sebuah alam yang kekal abadi, itulah alam Akhirat. Apabila berlakunya Hari Qiyamah berpindahlah kita dari alam kubur ke alam akhirat. Di alam ini, kita juga melalui kehidupan dalam seribu satu macam keadaan. Cuma bezanya, jika di dunia kita sengsara, sengsara akhirat berkali-kali ganda dahsyatnya; jika di dunia kita bahagia, bahagia akhirat berkali-kali ganda nikmatnya. Bahkan perbezaan terbesar adalah; sengsara atau bahagia di dunia adalah sementara, tetapi sengsara atau bahagia di akhirat kekal selama-lamanya.
Hari demi hari kita jalani hidup ini. Jatuh kita bangun kita. Ini adalah lumrah. Lumrah yang harus ditempuhi manusia.
Kadangkala kita tabah menghadapi semua itu. Kadangkala pula kita menyesal dan cuba lari dari semua itu. Walauapa pun kita lakukan sesuatu perkara itu pasti aka berlaku.
Justeru, seharusnya jelaslah kini kepada kita bahawa hakikat kehidupan merupakan satu hakikat yang sangat luas, sangat panjang dan tiada penghujungnya. Apa yang pasti, nasib keadaan kehidupan kita yang panjang ini hanya ditentukan oleh masa hidup kita di dunia yang sangat singkat ini. Apalah nilainya kalaupun kita dipanjangkan umur sehingga seratus tahun di dunia, sedangkan hanya satu hari di akhirat sudah menyamai 1000 tahun masa di dunia.
Jadi dunia ini hanya pusat latihan dan pusat pernilaian untuk menempuh zaman akhirat kelak.
Gembirakanlah setiap orang di sekeliling kita. Mak selalu pesan kita harus hormat dan cuba berbaik dengan semua orang walaupun orang yang kita benci.
Perbaikilah keburukkan. Kuatkan iman. Tingkatkan usaha untuk terus maju dalam kehidupan. Walaupun dunia hanya tempat singgahan sementara tetapi ianya penuh bermakna. Jangan rugikan setiap masa yang dilalui.
Insyaallah kehidupan kita dirahmati ALLAH... amin......
2 comments:
wah mucuk.... sesuatu untuk direnungkan... TQ TQQ
TERBAIKK LAAA.....
AKU TENGAH BORING TU PASAI AKU SELONGKAR BLOG ANG NI... JGN PERASAN LA NA....
Post a Comment