Thursday

Subang.
                                         SUBANG... .. .


Perhiasan yang biasanya dipakai oleh kaum Hawa.Dan Hanya boleh dipakai oleh kaum Hawa.
Tapi yang tak berapa nak pahamnya.. Apa pasal Kaum Adam juga sudah berjinak-jinak memakai benda ni? Bukan subang tampal taw ini betul2 punya tindik!
Islam melarang kaum wanita berpakaian seperti lelaki. Dan kaum lelaki yang berpakaian seperti kaum wanita. Termasuk jugalah perhiasan seperti barangan kemas. Rantai, cincin, gelang dan juga subang adalah haram dipakai oleh lelaki.......
Gejala ini makin berleluasa. Dan ramai yang mengangap benda ini perkara biasa...
Kenapa? Kenapa? Kenapa?
Kenapa budaya barat menjadi pegangan kebanyakan masyarakat melayu kita? Majoriti dari kaum kita ke arah budaya barat.


Setahu aku lelaki yang bersubang tidak boleh mewalikan anaknya.
Ramai yang memakai Subang juga sedar akan perkara ini, tetapi mereka memang tidak peduli langsung dengan larangan tersebut.
Kalau eya pun tinggal kat Subang Jaya, Subang parade Jangan lah sampai nak tindik telinga sebagai pengenalan rasmi tempat tinggal korang.


Ada la kawan aku, yang nama dan identitinya terpaksa aku rahsiakan. Ye la kalau tidak, memang percuma aku kena cium kasut dia... Hu Hu.....
Mula-mula ingatkan just stick on aje. Tapi wife dia cakap memang bertindik. Aku tanya dia kenapa tindik telinga??
'Saja je nampak, baru nampak macho' <-- Dia jawap, dengan gaya yang kononnya honsome la tu.
Tak tahu ker hukum nye haram? Kalau lelaki bertindik telinga TAK BOLEH mewalikan anak? Selamber jer aku tanya. Kalau nak marah pun aku tak kisah yang penting aku  tanya yang betul.
'Tahu' <-- Dia jawap sambil melemparkan senyuman yang paling manis sekali. 'Ala, kesan tindik akan hilang kalau dah buang nanti. So boleh aje walikan anak'
Apa yang aku jelas di sini dia memang tahu hukum tapi dia tidak peduli...
Tapi bukan sahaja dia ramai lagi kaum Adam yang bersubang sedar akan kebenaran ini. Tapi saja buat2 tak tahu. Ada juga yang jawap mak ayah tak marah dan tak kisah.
Kebanyakkan artis juga pakai subang. Tak perlulah aku cakap siapakah artis-artis tersebut. Agaknya korang pun memang tahu kan. Kang kalau aku sebut tak pasal kena saman.
'jangan saman saya, saya orang susah'...




Aku dan entri ni tidak berniat nak mengutuk sape2 pun... Cuma hendak luahkan isi hati yang tengah keliru. Keliru dengan hukum sebenar lelaki bertindik. Keliru juga dengan masyarakat yang makin membaratkan diri dengan sengaja dan tidak sengaja.....

1 comments:

@riel said...

Walaupun kami up to date tak pernah nak pakai subang. tak mahu saye di laknat. Lagipm x bule nak walikan anak.

Post a Comment