Thursday

Padangan Hidup... ...

1) Jangan sekali-kali kita meremehkan sesuatu perbuatan baik walaupun hanya sekadar senyuman.


Berbuat baik selagi mampu. Berbuat baik dengan niat yag baik.




2) Dunia ini umpama lautan yg luas. Kita adalah kapal yg belayar di lautan telah ramai kapal karam didalamnya.. andai muatan kita adalah iman, dan layarnya takwa, nescaya kita akan selamat dari tersesat di lautan hidup ini.
Berlayar saja lah walau ke mana jua yang penting jangan tengelam di lautan godaan.


3) Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan.



4) Setiap yang kita lakukan biarlah jujur kerana kejujuran itu telalu penting dalam sebuah kehidupan. Tanpa kejujuran hidup sentiasa menjadi mainan orang.



5) Hati yg terluka umpama besi bengkok walau diketuk sukar kembali kepada bentuk asalnya.




6) Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa. Dalam kesempitan hidup ada kekuasaan ilmu.
Ilmu benteng kejayaan tanpa ilmu. Tanpa ilmu maka robohlah benteng itu.



7) Ikhlaslah menjadi diri sendiri agar hidup penuh dengan ketenangan dan keamanan. Hidup tanpa pegangan ibarat buih-buih sabun. Bila-bila masa ia akan pecah.

** Kita cuma singgah sementara di pentas lakonan ini. Kita diuji dengan pelbagai dugaan, rintangan. Ada masa kita gembira ada masa kita bersedih. Walauapa pun dugaan menimpa kita harus tabah dan teruskan perjalanan yang masih jauh.....
Insyaallah...

Segala yang terjadi pasti ada hikmah. Hari ini aku masih bernyawa. Masih berpeluang melakar coretan aku. Tapi aku tidak tahu apa yang bakal terjadi minit selapas ini. Sebagi manusia aku bersyukur dengan apa yang aku miliki sekarang. Dan aku bersedia dengan apa yang bakal terjadi pada masa akan datang.
Aku redha... .... ...
Ewah... ayat bukan main lagi... hehhe....
Tapi betullah bukan sakadar ayat aje bila direnungkan kembali memang inilah lumrah hakikat kehidupan manusia..

No matter what just live a good life.........

2 comments:

Anonymous said...

:)

serama said...

bila nak kawen? hahahah

Post a Comment