Tadi aku naik Rapid.....
Walaupun Zaman Dah canggih,
Dunia Dah Tua,
Aku pulak makin dewasa, 'tak mau mengaku tua'
Kenderaan makin banyak,
Tapi tiada satu pun yang aku beli untuk kegunaan diri sendiri.
Aku bukannya takut nak memandu... Bukan..... Tak takut pun...
Tapi aku cuma bermurah hati untuk memberi sumbangang kepada kederaan awam.
Ini sekadar amal jariah juga la...
Tanpa ku sedar, aku telah menjadi seorang yang pemurah.....
Walaupun aku tidak mempunyai kenderaan peribadi. Tapi aku bukannya pro naik bas. Semua bas yang lalu aku stop semata-mata nak tanya adakah bas tersebut menuju ke destinasi ku. Tapi bersyukur kepada Allah setakat ni aku belum pernah dapat maki hamun percuma dengan mana2 abg pemandu bas... Hehhehe
Lari topik pulak....
Sebenarnya aku bukan nak cerita samada aku tahu drive ker tidak....
Tapi aku Nak cerita pengalaman aku naik bas rapid...
Tadi aku terpaksa pergi CIMB bank area Bayan Baru. 'Hanya penduduk Pulau Mutiara yang tahu lokasi ini'
Depan rumah aku pun ada CIMB bank tapi memandangkan company tempat aku kerja berurusan dengan cawangan Bayan Baru aku pun terrrrrrrrpaksa pergi ke situ semata-mata nak check ATM card aku yang buat hal tiba-tiba. Time gaji juga dia buat hal cheesdil tul..
Pergi balik aku dari bank ditemani oleh abg2 NEPaLZ, Abg2 BAnGLaz, abg2 dan akak2 inDonz....
Aku bukan boikot supaya dia orang tak naik bas. Tapi hanya AKU seorang sahaja Warganegara dan Pemilik MY CARD dalam bas tu. Yang lain semua pemilik paspot.
Lupa, Lupa ada seorang lagi warga tempatan Abg driver bas tu.. Heheh Sori la, tak nampak tadi sebab anda dilindunggiiii....
Fullamak bukan main penuh bas tu, Macam2 Gaya ada... Macam2 BAUU juga dapat dihidu.... Aku tak kata dia orang busuk tapi,,, ye la macam2 bau.....
Ishh,,. Budjet tadi nak ambil gambar diaorang tapi Tak berani la pulak. Dia orang pandang aku macam aku ni pendatang haram jer.. Yang menjadi tanda tanya, MANA PERGI WARGANEGARA kita yang lain??
Akhir sekali aku terpaksa akur bahawa semua penduduk tempatan yang lain ada kenderaan sendiri.. Hanya aku yang masih menyumbang ke kemajuan pengangkutan awam....
akhir kata dari ku .....
Majulah Rapid untuk Warga Asing....
1 comments:
bila lagi nak ambik lesen? nak tunggu sampai hang tua kah?
Post a Comment